Mama & Ayah L.O.V.E Khaira

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 31, 2009

HAPPY BIRTHDAY AYAH....

khaira macam chef daaa....topi dh ketat!

hi..hi..hi...
salam semuaaaa....

31.12.2009!!haaa...arini birthday ayah khaira yg ke-26..heh..dh tua dah ayah khaira ni..hihi..tp maintain hensem..hehe ye ke???
hmmm..mama bagi hadiah ape eh??? haa..mama kate takde idea la nak bagi ape..tp ayah request "ape-ape jeee....kasut pun boleh, tali pinggang pun boleh (mama pinjam tali pinggang ayah sampai tercabut..hehe) "...
hmm..khaira plak bagi hadiah ape??haaa..khaira bg hadiah 'kasih n sayang'...hihi tu je yg mampu sekarang nih..bolehkann ayah????

ape pun khaira & mama nak ucapkan selamat hari tua..eh hari jadi buat ayah tersayang, Khairul Asyraf Zainal Abidin..semoga ayah sentiasa sihat dan dipanjangkan umur...aminnnn...

emm..malam ni jom kite makan luar mama!! kite tongtong blanje ayah ok..heeee :p

~khaira~


^by mama

Sunday, December 13, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

hii...contest lagi..haa..tarikh tutup contest ni hari nih...cepat mama!!
hehe..contest ni dianjurkan oleh....

MomBloggersPlanet contest page
http://www.mombloggersplanet.com/2162/cutest-baby-photo-contest-december-09/

dan ditaja oleh....

PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my


AliceWonders : http://www.alicewonders.com

haaa..tu dia gambar khaira senyummmm...




NAMA : KHAIRA INSYIRAH BINTI KHAIRUL ASYRAF

TARIKH LAHIR : 20 APRIL 2009


haaa...Mama suke sangat tengok khaira senyum...sebabbb...

~Senyuman khaira buat mama tersenyum jua..

~Senyuman khaira buat mama tergoda..

~Senyuman khaira buat mama merindui khaira sepanjang masa..

~Senyuman khaira meluluhkan hati mama..

~Senyuman khaira menenangkan hati mama

~Senyuman khaira meruntun jiwa mama..

~Senyuman khaira menghilangkan keletihan mama...

~Senyuman khaira menceriakan hari mama..

~Senyuman khaira mengingatkan mama supaya sentiasa bersyukur padaNya...

ok, kawan2..sempat lagik nak join contest nih..hehe..cepat2 gi kat website MomBloggersPlanet contest page

ok..doakan khaira menang yeee..

~khaira~


^by Mama^

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY


hehehe...contest lagik..khaira suke masuk contest2 nih..bukan ape, khaira bleh kenal ngan ramai kawan kalau join contest ni..nnt khaira nak cdgkan kat mama anjurkan satu contest laa..hmm tgh pikirkan nak wat contest ape utk blogger2...

ermm..kali ni khaira nak join contest SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY..contest ni dianjurkan oleh IBU RIFQI..harap-harap semua syarat dah dipenuhi...aaa..kat bawah ni gambar khaira yg boleh dikategorikan sbg serius..huh..susahnye nak cari gambar khaira yg serius...hehehe..



haaa...ape pandang2...org tengah serius nih..

NAMA : KHAIRA INSYIRAH BINTI KHAIRUL ASYRAF

TARIKH LAHIR : 20 APRIL 2009

UMUR : 7 BULAN 3 MINGGU


ok, TAIP KHAIRA dan hantarkan ke 32XXX..hihi..

~khaira~


^by mama^

Friday, December 11, 2009

cuti :)



salam semua..
lama betul khaira tak update blog nih..dh bersarang nampaknyee..hihihi
bukan ape, bz sangat2..maklumla khaira dh bleh merangkak skrg!hihi..khaira sgt xcited sampai terlupa nak update blog...

ooo..selain daripada khaira dh bleh merangkak..khaira skrg ade hati nak berdiri..hehe..mama ckp khaira nih eksyen betul..mcm terrer jee..sbbnye..khaira akan berpaut kat kerusi or ape2 yg paling dekat ngan khaira, then terus lepaskan tangan..***kwn2 yg blom pandai berdiri jgn tiru aksi ni di rumah ye***..hmm..mmg bahaya kalau tinggalkan khaira sesorg..takut main lepas jee nnt..play pan khaira (merangkap kandang) pun dh kene turun kan sbb khaira dh bleh panjat!..huhu..semakin aktif skrg tau!

oo..di samping itu, khaira dh start mkn dh..(sebulan lebih yg lepas..)hihi..punye lama baru nak bgtau..mama bg khaira mkn betul2 masa khaira 6 bulan..tu pun bagi 2 suap sehari utk minggu pertama..bg try dulu..so, minggu pertama tu mama kasi try carrot, pastu kentang n ape ntah..tak ingt..bile dh ok, baru mama kasi ikan, ayam n lain2...hihi..buat masa sekarang nih mama bagi kat khaira bubur yg mama buat jee...yg nestum dlm tin tuh mmg mama tak kasi lagi..kalau boleh mama mmg taknak bg nestum tu pun...hehe..gud job mama!!! (tak tau la kalau mama pi o/station nnt cmner)....

haaa..ckp pasal cuti..ari ni ayah khaira cuti..khaira pun cuti gak...hihi ape lagi, memandangkan mama keje, masa nih la khaira nak buli ayah..hihi..gud luck ye ayah!! ;p..ermm..next week mama pi o/station, ayah kene jage khaira lagi tauu ;)

ok..nak sambung buli ayah nih :) nnt khaira sambung citer lagi..lagi satu khaira nak cari gambar2 yg best utk masuk contest!! hihi.. nnt kannn...
bye2...

pssss: gambar kat atas tu gambar khaira n abg kimmy ;)...haa abg kimmy baru menyambut hari lahirnye yg ke-3 pada 27.11.2009 (raya haji)...hihi..happy birthday abg kimmy!! dah guna dh hadiah yg khaira bg tuhh???

~khaira~

^by mama

Thursday, November 12, 2009

MY FUNNIEST BABY CONTEST

assalamualaikum semua.... kali ni skali lagi Khaira nak join contest. Tapi ni organized oleh http://umidanishku.blogspot.com/ Memang sangat2 teruja nak join contest ni...sbbnye hadiah dia berupa..tadaaaa..

-1 Cloth Diaper Lunatots bagi setiap kategori
Sponser dari
Babyumishop

- 1 helai baju baby bagi setiap kategori
Sponser dari
IT @ RLiiT'S BoutiQe & beuty Centre


Hadiah PiliHan unTuk Peserta Bertuah
- 1 Diaper Stacker


Sponsor dari
Moms&babyshop

khaira sebenarnye nk sgt cloth diapers tu..kalau dapat kan best...boleh try, n kalau khaira selesa ngn CD tu khaira boleh mntk mama tlg belikan...org kate pakai CD tu blh jimat sgt2..

Tarikh tutup contest: 13.11.2009 (12.00 t/h)
Berumur : 1 BULAN - 3 TAHUN

KATEGORI A: BABY GIRL

KATEGORI B : BABY BOY

Syarat Penyertaan:
- Jadi Follower Umidanish dan sponsor2 serta add Umidanish dalam bloglist anda (DONE)

- Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini (DONE)

- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda (DONE)

- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda dengan aksi Funny yang paling menarik hati para juri. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya. Sila juga nyatakan apa yang terdapat di semua blog sponsor umidanish. (DONE)

- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke Umidanish dan semua sponsor (no link back will be disqualified) (DONE)

- Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. (DONE)


Ni dia sposor2 nyer :


Sponser 1 : Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/)
Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)
Sponser 3 : Moms&babyshop (http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/)


TADAAAAA.................

"

"

Kategori A - Baby Girl

NAMA : KHAIRA INSYIRAH BINTI KHAIRUL ASYRAF

UMUR : 6 BULAN

**tgk tuh..dh tak muat dh khaira nak dok kat bakul tuh...masa ni khaira baru 3 bulan.. "ishk anak dara mama ni..."sopan' nye tidooo"**


------------------------------



APER YANG ADA DALAM

BLOG SPONSOR UMMIDANISH

"
"
"

Sponser 1 : Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/)
~ cloth diapers, Lunatots Microfiber Insert, Lunatots Laundry Bag, Lunatots Nappy Wet Bag, Minuman Herba HPA & Produk Kesihatan Ibu Bersalin HPA, Diapers Stackers, Produk Tupperware & Bio Aura Filter.

Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)
~ Pakaian Wanita & kanak-kanak , Produk Kesihatan ECPI

Sponser 3 : Moms&babyshop (http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/)
~ Cloth Diapers, Susu HI-Goat HR & Just Diet Mate 5.


OKEH, ITU SAJE......!! ;P

Wednesday, November 11, 2009

semalam...

"selalunya khaira akan bosan & nangis kalau orang tak layan dia..tapi semalam dia sangat baik..3 jam tak tido tapi wat hal sendiri..mama & ayah dia tido..hihi..khaira main tarik-tarik rambut mama dia, nak kejut mama dia kot..tp mama dia wat dek jee...khaira sambung main sendirian"

kesian khaira...huaarrrgg nak balik jumpe khaira......!!!

^by mama^

Tuesday, November 10, 2009

'sharing is caring'

article ni khaira terbace kat satu blog nih..mama kata 'sharing is caring'..so, ape lagi, khaira post la kat sini utk kongsi kat aunty2 n uncle2 kat luar sane..hihi

to en. ayah...sila bace..everthing is very very very true... Please take note! :P

Tips menunjukkan kasih sayang kepada isteri:-

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan “I Love You”.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya…… sekiranya pendapat isteri anda salah…. betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi ‘angpau’ kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah ’sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

apa pun...ayah khaira is the BEST..!! (ayah, ice cream satu ye!) ;P

^by mama^

Tuesday, October 27, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

assalamualaikum semua...

hihi..tau tak, kali ni khaira nak masuk Online Contest~Senyuman Ceria Si Comel yang telah dianjurkan oleh SMILEYKIDZ..
saje je nak masuk..mama kata khaira suke senyuuummm..so, apa salahnye masuk contest ni...kalau kalah takpe, adat permainan kann???tapi semangat tuh kene ada jugak laaa..
so, kawan-kawan lain jom la join contest nih... just masuk ke website ni --> SMILEYKIDS.. ada syarat2 kat situ..so jangan lupe ye kawan-kawan singgah ke website tuh =D

Hadiah yang ditawarkan :

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

*********************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


ok, ni la gambar2 khaira yg ceria,happy n sweet..hehe perasan plakkk..

CERIA...

HAPPY...

SWEET...


Nama saya : Khaira Insyirah binti Khairul Asyraf
Umur saya : 6 bulan 1 minggu


"Good Luck Khaira!!"

ok, tunggu ape lagi...penyertaan sampai 31 Oct 2009 je tauuuu...


~khaira~

^by mama^

Thursday, October 8, 2009

hobi baruuu


assalamualaikum...
hello semua....
sekarang khaira dh 5 bulan lebih...tau tak berat khaira berape sekarang???7.2kg!!huh, sihat kan??hehehe...nnt kalau mama bagi makan kat khaira, mesti khaira lagi sihat..hihi..tapi nnt khaira exercise laaa..
ermm..nak tau hobi khaira sekarang?? khaira suke wat aksi terbang masa meniarap..bila meniarap khaira akan angkat dua2 kaki n tangan...konon mcm terbanglaaa...best tau buat mcm tu...cube kwn2 buat..hihi..rase mcm nak terbang.....tgk la gmbr2 kat bawah nihh...hihih

hehe..terrer kan khaira....

Disamping itu, khaira juge suke baca buku "1000 Words And Pictures"

ok, khaira nak sambung terbang...selamat mencuba semua...bye2..hihih

**esok ade jamuan hari raya dekat school...ermm..tak tau sempat pegi ke tak...ade bnyk jemputan esk..harap2 dapat pegi..**

~khaira~

^by mama^

khaira @ cherating

raya ke-6 khaira ke cherating & kemaman...jauhkan khaira pergi beraya..hihi, ade kenduri kawen kat sana sebenarnyaa...antara koleksi gambar yg adeee...

mcm wat iklan huggies..hihih

bestnye mandiii

best tak khaira urut paksu???hihi


ayah..khaira nak mandi laaaa....


hmmm??ape??
lalala...

mama, khaira, kakak adel & cik nana

sekian..itu sajeee...

~khaira~

^by mama^

gambar rayeee...

salam semua...
huhu..lame betul khaira tak update blog kan..?? bukan ape, khaira bz sangat2..bnyk sangat jemputan rumah terbuka..hihi
raya nih mmg khaira raya sakan!! ok, kawan2 layan je lah gambar2 raya khaira yee..penat la khaira nak berceritaaa..hihi...


~family belah mama (taman melawati)
~unty, uncle hafiz, kakak adlina n kakak adelia je takde kat dlm gmbr nih...diorg raye kat terengganu...
~hmm..sape ambik gambar nih???khaira blom sedia laaa......



khaira sangat suka gambar nih!!! gambar raya pertama khaira with mama & ayah...


ermm..bila rambut khaira nak banyk nihhhh...
khaira pakai gaun cantik2, ade ke patut org tanye khaira ni girl ke boy????tak patut betul laaa...


khaira rasa cm nak berlari dengan kasut tuh..hehehe..tp blom boleh lagiii...


1,2,3 jump!!!


















tengok!!!ape dh jadi?? ayah pakai kan khaira songkok pulak...sabar la ayah...tunggu la baby boy pulak nnt!!!heh, ada kee???











khaira kepenatan beraya sakan....





khaira beraya ngan abg adam..


oklah,sekian...nnt layan gambar khaira kat cherating pulak ye!!!

~khaira~

^by mama^

Sunday, September 20, 2009

20.09.2009

hai hai hai..

hari ni khaira genap 5 bulan tau..dan hari ni jugak hari raye!!!hari ni khaira jumpe ramai orang..best sangat..baru khaira tau cmni rupenye raya..

mula2 kat umah wan (melawati)..lepas sembahyang raya, salam2 n makan2, kitorang ke dato' keramat, umah NekYang khaira..ramai sangat sedara mara kat sana..khaira tak nangis pun n behave je sepanjang hari..khaira suke sangat layan diorang n khaira mcm dh pandai tegur n borak2 ngan org..tapi penat jugakla khaira sbb ber pas2..bertukar2 tangan..lepas makan, borak2 n bagi duit raya,kitorang gerak ke umah Nek Yun Khaira kat tmn keramat...kat situ khaira jadi model tau...hihi..asyik bergambar jee..penat jugak laa.tp khaira still maintain lagi layan peminat2...cheewahh..hihih..then kitorang pegi beraya kat 2 rumah kawan wan..pukul 4.30 ptg baru balik..khaira sangat la penat..mama mandikan khaira, pastu khaira terus tidur dengan nyenyaknyeee..Zzzz...

oklah..nnt khaira sambung citer lagi..gambar pun khaira tak sempat nak upload..penat sangat dh..esk nak beraya kat johor pulakkk...hihi..tak sabar pulak..ok,bye2...Zzzzz...

~khaira~

^by mama^

Friday, September 18, 2009

anak soleh..

laaa..ade lagi khaira ni..hihi bukan ape, sementara tunggu mama ambik, khaira nak nyanyi sket..
sempena nak sambut hari raya ni, elok la kita mintak maaf kann..so, entry ni khas utk mama & ayah khaira...



mama & ayah, selamat hari raya..maaf zahir batin =) (khaira ade wat dosa kat mama ngan ayah kee???hihii)

~khaira~

^by mama^

selamat hari rayaaaa

hello semua...

wahh..nak raye dah kann? tak sabar khaira nak raye...ari ni last khaira kat school b4 cuti raye!! mesti khaira akan rindu kwn2 kat school..ye lah, seminggu tak jumpe diorg kann..takpe, nnt balik je dr cuti raya mesti bnyk citer nak kongsi ngan kawan2..nnt khaira bwk kuih raye yg mama beli buat utk kwn2 yee..

thn ni baru 1st time khaira nak sambut raye..
raya pertama,khaira sekeluarga raya kat tmn melawati..pastu raya kedua balik kampung ayah kat johorr..jom! sape nak ikut khaira balik kampung???..hihi..

persiapan raya??ermm..utk khaira semua mama dh sediakan..siap kasut skali (w/pun khaira blom pandai berjalan)..mama punye kasut raye plak yg blom beli lagii..hhuhu..baju raya khaira semuanya cantik2..takyah la letak gmbr baju raya khaira kat sini yee..nnt tak surprise pulak..yang pasti nnt mesti ade entry 'raya with khaira'..nnt boleh la kwn2 tgk baju2 raya khaira tu..ermm..tapi kan, khaira takde baju kurung laa..mama tak beli kan..mama kate takut khaira rimass..khaira keci lagi..tapi tak tau la last minit shopping mama tetiba terbekenan utk beli baju kurung utk khaira kee..harap2nya la kann...

thn ni mama n ayah nak bwk khaira beraya umah sedara mare n member2...tak sabar rasanya khaira..sape2 yg buat open house jgn lupe jemput khaira yee...hihi ;p

oklah, dikesempatan ni, khaira sekeluarga nak ucapkan..
"Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin"...berhati-hati di jalan raya yeee...

ok, khaira nak bermaaf-maafan ngan teacher n kawan2 khaira pulak..bye..

~khaira~

^by mama^


Thursday, September 10, 2009

buka puasa @ bangi golf resort(BGR)

hi kawan2..
ni entry pasal buke puasa pulak...
selasa lepas, mama n ayah bawak khaira buke puase kt bangi golf resort,gathering mama n kawan2 audit mama batch 2007...best2 makanan kat situ, walaupun khaira tak makan, khaira tgk mama & ayah mkn pun dh tau..
sampai2 je BGR, khaira yakyak la pulak..hhihi..saje je khaira bg mama hilang selera sket..hihi..mama terus bwk gi toilet situ, nasib baik toilet kat situ sgt lah selesa..siap ade bedak baby lagi..
lepas mama tukar pampers khaira, khaira tido dengan nyenyaknyeee..hihi..saje bg chance kat mama n ayah menikmati mknn kat situ...khaira tido sampai diorg abis mkn...hihi..mama ckp khaira baik, lain kali boleh bwk khaira gi jalan2 lagi..hurray!!

antara gambar2 yg sempat snap :-

sluuurrpp

khaira lena diulit mimpii...


kwn2 mama

ni ayah khaira..khaira sayang ayah =)

~khaira~

^by mama

09.09.09

salam,
entry ni khas untuk paksu khaira (muhammad hakim)..smlm, 09.09.09 birthday paksu yang ke-16..cntik betul tarikh ni kan??? paksu kat sek.men taknik seberang perai sekarang...
HAPPY BIRTHDAY PAK SU! paksu blaja elok2 ye...kite jumpe raye nnt yee =) jgn lupe sediakan duit raye utk khaira tau...aunty mel, aunty & cik nana pun jgn lupe sediakan duit raye utk khaira ye!!! hihihi
ok..itu saje...

~khaira~

^by mama

Tuesday, September 8, 2009

4 months++ old Khaira...

hi semua...
khaira sekarang dh 4 bulan lebih...semua yg jumpe khaira kate khaira tembam..berat khaira sekarang dh 6kg++..mama kate takpe, kecik2 mmg tembam,baru comel..ayah khaira kate pun takpe, nnt kalau khaira dh boleh jalan, pagi2 ayah nak bwk khaira gi exercise..hihi..tak sabar rasenyee

khaira dah boleh meniarap dgn jayanye...sebelum ni mesti dengan pertolongan mama..punggung khaira berat, tak lepas..bukan ape..pampers yg berat..hihi =p

bangun pagi2 mesti khaira senyum n gelak dulu...hihi..saje nak kasi mama geram kat khaira n rase berat je nak tinggalkan khaira...slalunye pagi2 sblm pegi school mama kasi milk dulu n tukar pampers khaira..so, takde la susahkan kakak kat school nak handle khaira pagi2,walapun khaira baik2 je kat school..tak buat perangai pun..hhihi..(kalau ade pun kdg2 jee..biase la kan budak2)..

dekat school kakak2 situ panggil khaira si botak (nnt khaira update pasal kepala khaira yg ayah botakkan di lain entry yee)..tok khaira n cik nana pun panggil sibotak..ermm..mentang2 rambut khaira belum tumbuh lagi..takpe, nnt dh panjang diorg tak la panggil si botak lagi kan mama???

oklah, nnt khaira update lagi..khaira laparlaa..nak minum susu ;p

~khaira~

^by mama

Monday, September 7, 2009

ooo...mcm ni keadaan kat luar...hihih

hi semua...
arini khaira nak citer mcm mane pengalaman mama lahirkan khaira..ni semua mama citer kat khaira aritu..khaira tlg citerkan kat semua ok...

19hb apr 2009, (37 weeks)
3.00 a.m - mama dh rasa sakit2 sket..masa ni mama takleh tido..mama nak kejutkan ayah, tp rasa mcm belum tiba masanyee..pastu mama layan tido balik sbb dh tak sakit dh...sakit sampai kol 4 pg jee...

ptg - mama n ayah plan nak jumpe kawan ayah, kat kajang jee..dekat ngan umah khaira..sebelum tu sempat mama n ayah gi kedai susuibu.com..sempat la beli ape2 yg patut kat situ... =) pastu baru jumpe kawan ayah...kumpul ramai2 (uncle don,aunty imah, abg zawir, uncle de, aunty siti n abg adam)..masing2 citer pengalaman besalin..mama cm cuak dh time tuh..tp buat2 cool jee..sambil2 tu korek2 tips dr diorg..hehe..khaira dlm perut plak rase cm tak sabar nak jumpe abg adam n abg zawir...lepas je jumpe kwn2 ayah terus balik umah tok & wan kat melawati...

mlm sblm tido - mama mintak maaf kat ayah kalau2 mama ade wat salah ngan ayah...(hehe..mcm hari raye pulak...)

20hb apr 2009
3.00 a.m - mama sakit perut seperti mlm sebelumnye...mula2 mama ingt mcm semalam..mama wat dunno je laa..tp tetibe rasa sakit tu mcm kerap pulak..mama kejut la ayah kate sakit perut..ayah kate.."takpe2, b ade sini" pastu ayah sambung tidoo.. hmm..ape la ayah nih..pastu mama gi kejutkan tok, tok suruh mama kire brape minit sakit2 tu dtg..mama kire dh 5 min, 5 min dh sakit...pastu mama gi toilet, nmpk ade darah...mama kejut ayah utk gi hospital terus..

5.00 a.m - sampai PUSRAWI..sampai2 terus masuk labour room..doc check dh bukak 6 cm!!doc kasi ubat buang air besar..keadaan dlm labour room tu mmg selesa..tp mama tak ingt ape dh..layan sakit perut yg dtg setiap 5min tuh..sakitnye mcm period pain tuh..(khaira dlm perut mama dh tak sabar nak kluar dh...hihih)

6.30 a.m - doc check dh buka 8 cm..pastu mama rasa khaira nak terkeluar dah..doc suruh push..mama dgn semangat yg diberi oleh ayah kat seblah pun push la bbrp kali (tak ingt push brape kali)..akhirnya pukul 6.57a.m khaira pun selamat melihat dunia...sambil berkata dlm hati.."ooo..cm ni keadaan kat luar...kat dlm perut mama gelap jeee..hihi"...
gmbr bwh ni gmbr khaira masa mule2 keluar dr peyut mama.. doc terus letak kat atas perut mama..khaira suke sgt time tuh dpt tgk mama...khaira nmpk mama sgt lega n sangat bahagia time tuh..khaira pun..hihih..TQ mama =)





~khaira~

^by mama

salam perkenalan...



hi..nama saye khaira insyirah bt khairul asyraf...
hmmm..dh lame mama khaira tak update blog nih..mama sibuk kot..meh la khaira update..kalau nak tunggu mama ntah bile ntah..bnyk benda yg khaira nak citer kat semua...pasal cmnermama lahirkan khaira, milestones khaira yg dah 4 bulan nih..hmm..nnt khaira citer dlm next post =p see ya'

~khaira~

^by mama

Friday, January 30, 2009

my new life begins....



Alhamdulillah...16 mei 2008 saye dah selamat jd isteri kepada Khairul Asyraf bin Zainal Abidin...semua berjalan dengan lancar..syukur..masa kucup tangan husband, rasa sayu, gembira,syukur..semua ada...masa 1st time berjemaah dgn husband lagi laa rasa sayuuu...Yelah..setelah 7 tahun kitorang bercinta, akhirnya disatukan jua dengan ikatan yg sah...Walaupun dh 8 bulan jd isteri org, rase mcm baru jee smlm cincin disarungkan..huhu..bnyk lagi benda yg saye kene belajar dan perbaiki...

Dan alhamdulillah juga, 5 sept 2008 ari jumaat, bulan puasa..saye disahkan menandong... =) dan sekarang dah masuk 26 weeks....1st 3 month syukurlah saye takde loya2 teruk sangat n setakat ni takde la ngidam benda2 pelik...harap2 semuanya berjalan lancar dan selamat lahirkan baby bulan mei nnt....tak sabar rasa nyaa dan tak dapat bayangkan saye jadi mama nnt..insyaAllah saye akan jadi mama yg terbaik kepada anak2 saye nnt...

to be continued....